SYARIKAT KIMPALAN USAHA JAYA ENTERPRISE

- pengenalan
- Servis dan produk
- Katalog
- Kelengkapan Bengkel
- Klien
- Hubungi kami

Bengkel Kimpalan

Profil Syarikat

Nama Syarikat : Kimpalan Usaha Jaya Enterprise
No. Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat : CA0119058-U
Alamat Bengkel : 400-2 Kampung Tempurung, Chukai, 24000 Kemaman, Terengganu.
No. Telefon / Fax : 09-8593539           
E-Mail : skuje_07@yahoo.com.my
Tarikh Mula Operasi : 10hb Jun 2007
Pemilik : Sallahuddin Bin Muda
Taraf : 100% Bumiputera

SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT KIMPALAN USAHA JAYA ENTERPRISE

       Syarikat Kimpalan Usaha Jaya Enterprise mula beroperasi pada 10 haribulan Jun 2007. Modal permulaan syarikat ini ialah RM 5,000.00 sahaja. Syarikat milikan tunggal ini didaftarkan pada 18 haribulan Jun 2007 di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

      Pada permulaan operasi syarikat ini hanya mempunyai seorang jurukimpal sahaja dan mengeluarkan produk yang berasaskan besi yang mudah seperti ampaian kain dan grill tingkap sahaja. Pada ketika ini hanya orang perseorangan sahaja yang berurusan dengan kami. Setelah beberapa bulan beroperasi, kami telah membuka akaun simpanan semasa di Malayan Banking Berhad untuk memudahkan urusan kewangan syarikat. Ini termasuklah untuk penyimpanan wang dan urusan pembelian bahan mentah seperti besi dan peralatan bengkel. Kemudian kami telah membuka satu lagi akaun semasa di Bank Islam Malaysia Berhad.

      Bagi memperkenalkan syarikat ini kepada orang ramai, pihak syarikat telah membuat pelbagai cara promosi seperti membuat bisnes kad, meletak kertas promosi dalam akhbar dan menampal kertas promosi di kawasan perumahan yang baru siap di bina serta promosi dari mulut ke mulut. Selepas itu baru wujud permintaan dari syarikat-syarikat yang ada di sekitar bandar Kemaman ini.

         Seiring dengan peningkatan usia, penggunaan bahan mentah kami pelbagaikan. Dahulu, kami hanya membuat produk berasaskan besi biasa sahaja tetapi kini kami juga membuat produk menggunakan besi yang berukir yang dikenali sebagai “ Wrought Iron”. Permintaan pelanggan amat menggalakkan ke atas penggunaan bahan mentah ini. Produk yang dihasilkan juga turut bertambah. Dahulu kami hanya menghasilkan ampaian dan grill tingkap yang mudah sahaja tapi kini kami mampu menghasilkan pintu sliding, pintu swing, pintu pagar sliding, pintu pagar swing, awning dan penutup longkang. Grill-grill yang dihasilkan juga mempunyai pelbagai bentuk dan aksesori seperti bunga dan daun.

   Sekarang perkhidmatan yang disediakan semakin bertambah, iaitu menyediakan pekhidmatan penyewaan mesin seperti mesin mixer simen dan mesin generator, penyewaan pengangkutan seperti lori tipple 3 tan dan pembekalan bahan binaan seperti pasir halus, pasir kasar, pasir kotor, batu 3/4, batu khoridah dan batu kisaran.

  Gambar 1: bengkel kimpalan

LAMPIRAN PENDAFTARAN SYARIKAT

  

Sijil 1: Sijil Perakuan Pembaharuan Pendaftaran

  

Sijil 2: Sijil Maklumat Syarikat

  

Sijil 3: Sijil Maklumat Pemilik Syarikat

  

Sijil 4: Sijil Memperingati Pendaftaran Perniagaan





sku10000@skuje.com